Aksesori Kristal dan Mutiara  

Posted by Reen in

KILAUANNYA BERMULA DI SINI….

Kristal Swarovski adalah kristal dari Austria.Kristal ini merupakan kristal buatan manusia. Bagaimana kristal ini mendapat nama? Sebenarnya nama Swarovski adalah diambil dari pembuat formula kristal ini iaitu Daniel Swarovski.Kristal ini lebih mahal berbanding dengan jenis kristal yang lain kerana kualiti kristal itu sendiri. Penilaiannya adalah berdasarkan kesempurnaan dalam "cutting" dan "polishing kristal swarovski..

Satu lagi faktor yang membezakan Kristal Swarovski dengan kristal lain ialah kandungan karbon yang melebihi 30% dalam bahan tersebut membolehkannya menampilkan spektrum kilauan yang menarik.

Kristal Swarovski popular digunakan dalam penghasilan gelang, kerongsang (brooch) dan loket (pendant) samada 100% menggunakan Kristal Swarovski atau diselang selikan dengan bahan lain seperti Russian Diamond atau mutiara asli. Bagi peminat kristal, agak mudah membezakan jenis Kristal Swarovski dengan kristal biasa yang murah kerana Kristal Swarovski mempunyai daya kilauan yang lebih ketara dan bentuk yang lebih cantik yang tidak dapat dihasilkan oleh bentuk penghasilan kristal yang lain.

This entry was posted on Sunday, June 21, 2009 at Sunday, June 21, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment